mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Jun – NADI Keusahawanan Cohort 3 (Pemasaran & Operasi Perniagaan)

Tarikh:12 Jun 2025 (Khamis)
Masa:10.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi: NADI Kanchong Darat
Peserta: 4 Orang 
Tujuan 
Webinar Pemasaran & Operasi Perniagaan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang aspek penting dalam menguruskan perniagaan, khususnya dalam bidang pemasaran dan pengurusan operasi.
Aktiviti
Sepanjang sesi, peserta telah didedahkan kepada strategi pemasaran yang berkesan seperti penjenamaan, promosi digital, dan pengenalpastian pelanggan sasaran. Selain itu, topik pengurusan operasi turut dibincangkan meliputi kawalan stok, pengurusan tenaga kerja, dan peningkatan produktiviti. Penceramah telah berkongsi tips praktikal serta contoh situasi sebenar untuk membantu peserta memahami aplikasi teori dalam perniagaan sebenar.

Gambar Disini