Laporan Oktober – Tiny Techies (Bengkel Mahir IoT Inovasi Sekolah Menengah
24 October 2025
Tarikh & Hari
:
18 Oktober 2025 (Sabtu)
Masa
:
11.30 pagi – 12.30 tengah hari
Lokasi
:
NADI Kanchong Darat
Peserta
:
2 Orang
Tujuan
Untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah tentang teknologi Internet of Things (IoT) dan cara mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Bengkel ini juga bertujuan menggalakkan pelajar menguasai asas pengaturcaraan dan sambungan peranti pintar.
Aktiviti
Pengenalan kepada konsep IoT dan contoh aplikasi sebenar. Penerangan asas tentang sambungan peranti pintar (sensor & pengawal mikro). Sesi soal jawab dan perkongsian idea inovasi masa depan.