Laporan November – MAHIR Jahit (Draf Pola Kain Duyung & Gunting Kurung Moden)
21 November 2025
Tarikh & Hari
:
13 November 2025 (Khamis)
Masa
:
9.30 pagi- 11.00 pagi
Lokasi
:
NADI Kanchong Darat
Peserta
:
1 Orang
Tujuan
Membimbing peserta mempelajari teknik asas memotong dan menjahit kain susun tepi, yang merupakan salah satu elemen penting dalam rekaan pakaian tradisional dan moden. Inisiatif ini dirancang untuk meningkatkan kemahiran praktikal dalam bidang jahitan, memperkukuh kreativiti, serta membuka peluang ke arah keusahawanan dalam industri fesyen berskala kecil.
Aktiviti
Peserta akan didedahkan kepada proses lengkap pembuatan kain susun tepi – bermula dengan mengambil ukuran, melakar pola asas, memotong kain mengikut teknik susunan yang betul, hinggalah kepada menjahit kemasan akhir. Sesi dikendalikan secara praktikal di bawah bimbingan tenaga pengajar berpengalaman, dengan penekanan terhadap ketelitian dan kekemasan jahitan.