mcmc
Maklumat Am

Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 4

Hari ini cuti Hari Pekerja. Pasti ketua-ketua keluarga sedang fikir untuk menambah stok barang keperluan makanan.

Untuk PKP Fasa 4 ini, Kerajaan telah memberi kebenaran untuk membawa bersama ahli keluarga serumah untuk membantu pembelian.

Sungguhpun begitu, apabila berada di luar, pastikan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain. Pastikan kebersihan terjaga dan segeralah pulang ke rumah apabila selesai urusan.

#Covid19
#KitaJagaKita
#PKPFasa4
#JapenSelangor