Hari ini Mukim Batu telah bertambah baik daripada Zon Merah kepada Zon Kuning yang menjadikan Selangor tiada langsung mukim Zon Merah pada hari ini. Perkembangan ini juga mempengaruhi Daerah Gombak di mana ia telah bertambah baik kepada Daerah Zon Kuning. Hal ini menjadikan Selangor sekali lagi mencatatkan satu saja daerah berstatus Zon Merah.
Mukim Hujung Permatang juga telah bersih daripada kes aktif yang menjadikannya berstatus Zon Hijau. Tahniah buat semua warga Selangor!
Walau bagaimanapun, ancaman wabak COVID-19 masih wujud kerana pembawa virus tidak bersimptom (asymptomatic) boleh ada di keliling kita. Disebabkan itu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) masih berlanjutan sehinggalah dimaklumkan sebaliknya. Maka warga Selangor masih tertakluk kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Jangan leka untuk menjaga penjarakkan sosial dan kebersihan, pakai face mask dan juga gunakan SELangkah apabila memasuki premis.
Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.
#SelangorGempurCovid19
#STFC
#COVID19
Amirudin Shari
Dr Dzulkefly Ahmad