mcmc
Kisah Kejayaan

Usahawan – Nurul Ainee Binti Mohd Ghazali (Q1 2024)

USAHAWAN DALAM MENJADI TENAGA PENGAJAR KELAS RENANG DAN MENJUAL PAKAIAN RENANG 

 

Nama Nurul Ainee Binti Mohd Ghazali
Umur  44 Tahun
Ahli  01 Ogos 2021

 

Latar Belakang 

Seorang usahawan yang mempunyai perniagaan berasaskan kolam renang untuk komunito setempat dan menjual pakaian renang. Merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Beliau juga telah berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak lelaki. Selain itu, beliau merupakan seorang yang komited dalam mengikuti kelas-kelas yang dijalankan oleh NADI Kanchong Darat.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penglibatan ICT, beliau tidak tahu cara mengiklan produk menggunakan platform atas talian. Beliau juga kurang mahir dalam menghasilkan pemasaran digital bagi mengiklankan produk yang diniagakan.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah mengikuti kelas ICT di NADI Kanchong Darat, beliau dapat mengenali apa itu asa pemasaran digital. Pn Nurul Ainee merupakan seorang yang rajin mengikuti kelas di NADI Kanchong Darat. Jika ada masa terluang beliau akan hadir ke NADI untuk berjumpa dengan petugas NADI mengenai sebarang kemusykilan.