Boleh naik kereta 2 orang sekarang tapi dengan syarat yang naik itu mestilah keluarga terdekat dan duduk di rumah sama. Pada masa sama juga, anda boleh keluar lebih 10 km untuk beli makanan, keperluan harian dan ubat-ubatan.
Ini adalah 2 kelonggaran yang diberikan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 4 (PKP 4) di atas situasi yang kelihatan semakin baik.
Adakah ini bermakna kita boleh mula selamba sekarang?
Jawapannya adalah tidak. Kelonggaran ini hanyalah memberi lebih ruang untuk melakukan pergerakan bagi kebaikan keluarga anda. Teras PKP iaitu penjarakkan sosial dan kebersihan diri tetap menjadi keutamaan setiap warganegara.
Ya, sedikit kelonggaran tetapi disiplin tetap perlu dijaga. Jika anda sayang Malaysia, tolong amalkan jadi kebiasaan, okey?
#SelangorGempurCovid19
#STFC
#COVID19
Amirudin Shari
Dr Dzulkefly Ahmad