USAHAWAN KRAFTANGAN DAN JAHITAN
Nama | : | Amy Zeirul Azwa Bt Mahayuddin |
Umur | : | 43 Tahun |
Ahli | : | 19 November 2017 |
Latar Belakang |
Merupakan seorang ibu dan surirumah yang menjalankan perniagaan berbentuk kraftangan dan jahitan sulam riben. |
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI1M |
Perniagaan lebih kepada menerima tempahan di sekitar kampung dan kenalan rapat. Pendapatan yang diterima pula di dalam anggaran RM100 – RM200 paling banyak. Namun, dengan pendapatan sebanyak itu, tidak mengurangkan semangat untuk terus mencuba dalam bidang kraftangan. |
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI1M |
Pn Amy Zeirul Azwa mula terlibat dalam penggunaan ICT di dalam perniagaan setelah diperkenalkan oleh rakannya yang mengikuti progran Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dun Morib yang dijalankan di Pi1M Kanchong Darat bagi program ICT. Walaupun pada mulanya beliau rasa ragu-ragu, namun beliau memberanikan diri untuk mempelajari serba sedikit berkenaan ICT. Antara program yang telah diikuti oleh beliau adalah kemahiran keusahawanan antaranya ialah:
Dari pelbagai kemahiran keusahawanan yang telah dipelajari, beliau mula mempraktikkan kepada urusan perniagaannya. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit pendapatan beliau mula bertambah dari RM100 kepada RM 800. Tempahan dari luar daerah yang pernah diterima adalah dari Perak. |