mcmc
Maklumat Setempat

Laporan Kluster Tamat Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan bahawa 4 kluster yang menjadi punca transmisi wabak di Selangor telah pun tamat. 4 kluster tersebut adalah Kluster Seksyen 6 Bangi di daerah Hulu Langat, Kluster Warga Emas di daerah Klang serta Petaling, Kluster Bandar Baru Bangi (Majlis Perkahwinan) di variasi daerah serta Kluster Selayang (Pasar Harian) di daerah Gombak.
Bagi Kluster Seksyen 6 Bangi, sebanyak 31 kes direkodkan dari rantaian ini yang menyebabkan 1 kematian manakala Kluster Warga Emas pula mencatatkan 36 jangkitan berantai yang menyebabkan 5 kes kematian. Untuk Kluster Bandar Baru Bangi (Majlis Perkahwinan), sebanyak 96 kes jangkitan berantai dan Kluster Selayang (Pasar Harian) pula mencatatkan 6 kes jangkitan berantai. Kedua-dua kluster terakhir ini tidak merekodkan sebarang kematian.

Dengan pengumuman penamatan kluster ini, maka dijangka tidak akan berlaku lagi rantaian jangkitan yang akan disebabkan oleh keempat-empat kumpulan ini. Semoga dengan penamatan kluster ini, ia memberi kita harapan bahawa dengan disiplin serta amalan yang baik, kita mampu mencegahnya dari menjadi lebih teruk.

Bagi maklumat lebih ringkas, sila rujuk infografik yang disediakan oleh kami.

#SelangorGempurCovid19
#STFC
#COVID19

Amirudin Shari
Dr Dzulkefly Ahmad