mcmc
Maklumat Setempat

Lembah Klang Kritikal Covid-19 Menurun Denggi Meningkat

Tatkala kita melihat kes COVID-19 telah turun kepada satu digit  kes hari ini, kes denggi melihatkan peningkatan mendadak.

Merujuk kepada peta denggi yang ada di laman web idenggi (untuk orang awam), hampir kesemua kawasan Kuala Lumpur dan daerah Selangor yang berdekatan Kuala Lumpur dibanjiri dengan kes denggi.

Ini semua adalah kes aktif semasa! Orang awam dinasihati untuk senantiasa memantau keadaan sekeliling rumah dan tempat kerja dan melakukan aktiviti kendiri seperti pemusnahan tempat berpotensi atau melaporkan kepada pihak berkuasa dan ketua komuniti untuk langkah pencegahan.

Untuk melihat kawasan denggi di tempat anda, bolehlah layari laman web idenggi http://idengue.arsm.gov.my/index.php dan klik ke lokasi denggi.

Sama seperti COVID-19, perang melawan Denggi juga memerlukan pendekatan yang sama. Tugas melawan Denggi bukan terletak kepada KKM dan PBT sahaja. Seluruh agensi kerajaan, swasta dan komuniti perlu dilibatkan bersama bagi mengekang wabak denggi.

#DudukRumah
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
#PenjarakanSosial
#PutuskanRangkaianCovid19
#PatuhiPerintahKawalanPergerakanBersyarat
#KawalanKendiri
#NormaBaharu
#Amalkan3WdanElakkan3S