mcmc
Maklumat Setempat

Operasi Pasar Mulai !5 Jun 2020

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP hari ini telah bersetuju untuk membenarkan pembukaan semula pasar terbuka, pasar pagi dan pasar malam serta bazaria di Wilayah Persekutuan.
Pembukaan ini akan berkuatkuasa 15 Jun 2020 dan tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
SOP ini termasuk waktu pembukaan yang diterhadkan bagi pasar pagi dan pasar terbuka (6 pagi – 11 pagi), pasar malam (4 petang- 10 malam) dan bazaria (5 petang -11 malam).

Jarak sosial kedudukan gerai ditetapkan 1.5 meter hingga 2 meter dan lokasi kawasan perlu terbuka dan berpagar bagi mengawal laluan keluar masuk sehala.

Pasar-pasar ini hanya dibenarkan menjual secara “take-away” sahaja. Peniaga juga perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE), sarung tangan dan penutup muka (face mask).

SOP ini boleh digunapakai oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk pasar-pasar di seluruh Malaysia. Tindakan penutupan serta merta akan dilakukan sekiranya gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

Peniaga dan pengunjung diwajibkan untuk menggunakan aplikasi MySejahtera.

#StayHomeStaySafe