mcmc
Maklumat Setempat

Perkhidmatan Gunting Rambut Dan Hair Dresser Dibenarkan Beroperasi

Mesyuarat hari ini bersetuju untuk membenarkan perkhidmatan gunting rambut dan hair dresser bermula 10 Jun 2020 dengan SOP yang ketat.
Kerajaan mengambil keputusan ini setelah mengambil kira sumbangan sektor ini kepada KDNK negara berjumlah RM13.5 billion setahun. Sektor ini melibatkan 74,500 tenaga kerja dari 16,728 perniagaan yang berdaftar.
Aktiviti yang dibenarkan termasuk gunting rambut asas, cuci rambut asas, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut, manicure dan pedicure serta cuci dan rawatan muka.

Bagi golongan yang berisiko iaitu individu yang berusia 60 tahun ke atas, proses guntingan adalah diwajibkan secara temu janji dan tanpa kehadiran lain-lain pengunjung dari kumpulan umur lain.

Bagi kanak-kanak bawah 12 tahun, ibubapa dibenarkan hadir bersama tetapi perlu mematuhi pemakaian alat pelindung diri seperti penutup muka dan apron pakai buang.

SOP yang perlu dipatuhi termasuk pemakaian face shield dan apron pakai buang oleh pekerja, pemakaian satu set gloves bagi setiap pelanggan dan jarak antara satu kerusi perlulah sekurang-kurangnya 2 meter.

Pengusaha juga perlu menyediakan apron pakai buang yang berbeza untuk setiap pelanggan dan tidak boleh menggunakan tuala yang dikongsi.

#StayHomeStaySaf