mcmc
Kisah Kejayaan

Usahawan – Siti Aisyah Binti Sutrisno (Q2 2024)

USAHAWAN PRODUK KEPERLUAN WANITA, IBU DAN BAYI 

 

Nama Siti Aisyah Binti Sutrisno 
Umur  31 Tahun
Ahli  04 November 2019

 

Latar Belakang 

Seorang usahawan yang mempunyai perniagaan berasaskan produk dan perkidmatan keperluan wanita,ibu dan bayi, beliau merupakan stokis produk keperluan tersebut. Beliau juga telah berkahwin dan dikurniakan 4 orang anak lelaki. Selain itu, beliau merupakan seorang yang komited dalam mengikuti kelas-kelas yang dijalankan oleh NADI Kanchong Darat.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak tahu cara mengiklan produk menggunakan platform atas talian. Beliau juga kurang mahir dalam menghasilkan pemasaran digital bagi mengiklankan produk yang diniagakan.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah mengikuti kelas ICT di NADI Kanchong Darat, beliau dapat mengenali apa itu asa pemasaran digital. Pn Siti Aisyah merupakan seorang yang rajin mengikuti kelas di NADI Kanchong Darat. Jika ada masa terluang beliau akan hadir ke NADI untuk berjumpa dengan petugas NADI mengenai sebarang kemusykilan.