mcmc
Kisah Kejayaan

Program Dilea – Putri Melissa Asyikin Binti Mohd Azrin Q1 2025

NamaPutri Melissa Asyikin Binti Mohd Azrin
Umur 17 Tahun
Ahli 22 Januari 2025
Latar Belakang 
Seorang pelajar Tingkatan 5 di Sekolah Agama Menengah
Unwanus Saadah Kanchong Darat. Merupakan anak sulung daripada 4 orang adik
beradik. Selain itu, beliau merupakan seorang yang komited dalam mengikuti
kelas-kelas yang dijalankan oleh NADI Kanchong Darat terutama kelas pengucapan
awam (pidato).
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  
Sebelum terlibat dengan kelas pidato di NADI Kanchong
Darat, beliau seorang yang tidak berani untuk berkata dikhalayak ramai. Beliau
juga kurang mahir dalam menghasilkan teks pengucapan awam (pidato).
Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 
Setelah mengikuti kelas pidato di NADI Kanchong Darat, beliau dapat mengenali apa itu konsep pengucapan awam yang betul. Puteri Melissa Asyiqin seorang pelajar yang rajin mengikuti kelas
di NADI Kanchong Darat. Jika ada masa terluang beliau akan hadir ke NADI untuk
berjumpa dengan petugas NADI mengenai sebarang kemusykilan.